Jo-Mei Games hari ini berkongsi permainan yang dibangunkan oleh mereka dibawah naungan EA Originals iaitu Sea Of Solitude.
Sea Of Solitude diumumkan ketika acara persidangan EA hari ini dimana ia merupakan permainan yang memfokuskan emosi gelap seperti kesunyian dan kesedihan.
Menurut pembangun permainan tersebut, ia memfokuskan watak wanita bernama Kay yang menderita dengan emosi kesunyian dan menyebabkan beliau bertukar menjadi raksasa. Selepas terhanyut di kawasan bandar, pemain akan mengembara bersama Kay untuk mempelajari apakah yang berlaku terhadap beliau dan juga meneroka emosi tersebut.
Menurut Jo-Mei Games ianya bakal tiba pada awal tahun 2019 kelak buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.