Square-Enix Bakal Umum Permua Dragon Quest Pada Jun Ini

Tampaknya semakin banyak permainan video dari konsol mahupun PC akan ke arah permua di mana hari ini, Square-Enix mengumumkan mereka akan membawa siri Dragon Quest ke peranti telefon pintar.

Square-Enix menyatakan mereka akan mengumumkannya ketika acara khas pada 3 Jun ini jam 11 pagi melalui siaran langsung khas di saluran rasmi Youtube Square-Enix.

Buat masa ini, informasi lanjut tidak lagi diumumkan dan Square-Enix hanya menyatakan bahawa mereka menjanjikan ianya adalah satu permainan baharu yang mempunyai pengalaman permainan Dragon Quest yang tidak pernah dilihatkan sebelum ini. Mereka juga tidak menyatakan sama ada ianya bakal tiba secara global ataupun tidak.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini