CD Projekt Red sebelum ini sudah mengesahkan yang mereka bakal hadir ke E3 2019 yang berlangsung bermula 11 Jun ini untuk berkongsi lanjut mengenai Cyberpunk 2077.

Bagi yang mengharapkan dapat mencuba permainan tersebut tampaknya ia tidak lagi bersedia apabila mereka minggu ini mengesahkan yang permainan tersebut tidak boleh dimainkan semasa acara E3 tersebut.

Sebaliknya, satu demo permainan yang akan dimainkan oleh CDPR sendiri akan diperlihatkan kepada media. Mereka juga mengatakan ia juga akan menyediakan perkongsian lain untuk pemain.

Ia agak mengecewakan tiada demo terbuka disediakan akan tetapi sekurang-kurangnya pemain dapat melihat bentuk permainan terkini. CDPR juga mengatakan yang bentuk permainan terkini mempunyai banyak perbezaan berbanding yang diperlihatkan sebelum ini.

Bagi anda yang sudah tidak sabar, CDPR juga menyediakan wallpaper baharu untuk permainan tersebut melalui kicauan di akaun twitter rasmi mereka.

Cyberpunk 2077 adalah permainan seterusnya oleh CD Projekt Red dan ia diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini