Panic Inc iaitu syarikat yang terkenal kerana menerbitkan permainan Firewatch mengumumkan konsol mereka sendiri dan ia mempunyai sistem kawalan yang sangat unik.

Konsol yang digelar sebagai Playdate tersebut, selain mempunyai alat kawalan biasa D-Pad dan butang A, B ia juga disertakan dengan engkol yang digunakan untuk mengawal watak di dalam permainan.

Playdate adalah konsol yang mempunyai paparan skrin 2.7 inci dengan resolusi 400 x 240 dan memaparkan paparan hitam putih sahaja. Ia akan mempunyai 12 permainan pada pengeluaran yang akan tiba secara mingguan.

Engkol yang disertakan di konsol tersebut boleh digunakan di dalam permainan dan sesetengah permainan menjadikan ia sebagai alat kawalan utama dan ada juga permainan yang tidak menggunakannya langsung.

Ia dikatakan bakal tiba pada tahun 2020 dan akan dijual dengan harga $149(~RM624). Jika berminat anda boleh mendaftar minat melalui laman rasmi mereka play.date

Sohor Kini