Paradox Interactive mengumumkan sekuel kepada Vampire: The Masquerade – Bloodlines akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020. Hari ini mereka berkongsi lanjut mengenai permainan tersebut dan mereka memfokuskan puak Thinblood.

Thinblood merupakan puak Vampire kelas rendah, walaupun mereka dibenarkan untuk tinggal di Seattle walaupun tidak mendapat respek sepertimana puak-puak vampire yang lebih kuat. Watak pemain akan bermula sebagai Thinblood.

https://www.youtube.com/watch?v=xELjqNZjmaM

Pada permulaan permainan, pemain boleh memilih salah satu daripada tiga disiplin iaitu Chiropteran (membolehkan pemain mengawal kelawar), Mentalism (pemain berkeupayaan untuk mengawal barangan) dan Nebulation (berkebolehan untuk mengawal kabus).

Walaupun bermula sebagai Thinblood akan tetapi kemudian pemain berpeluang untuk menyertai mana-mana puak vampire yang lebih berkuasa dan akan terlibat peperangan saudara yang sedang berlaku.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini