Assassin’s Creed Unity diberikan secara percuma kepada semua pengguna Uplay minggu sebagai tanda memperingati katedral Notre Dame yang terbakar. Pemberian permainan video secara percuma ini nampaknya mendatangkan ketidakpuasan kepada sebilangan pengguna yang membelinya sebelum pemberian percuma.

Pihak Ubisoft telah mengeluarkan kenyataan mereka akan memberikan pulangan wang kepada pembelian yang dilakukan dua hari sebelum tawaran diberikan. Ini bersamaan dengan 15 April 2019. Malang bagi pengguna Uplay yang membeli Unity sebelum tarikh ini, pemulangan wang tidak akan dilakukan.

Sohor Kini