Kejadian kebakaran di Notre-Dame adalah satu perkara yang menyedihkan kerana erti sejarah yang hadir bersama bangunan berumur lebih 800 tahun tersebut.
Demi memperingati kejadian tersebut, Ubisoft telah menderma sebanyak €500 ribu (RM2.3 juta) untuk usaha membaik pulih. Selain itu, mereka juga memberi permainan Assassin’s Creed Unity secara percuma sehingga 25 April 2019 melalui Uplay.
Assassin’s Creed Unity yang berlatar tempat di Perancis juga menyertakan bangunan Notre-Dame dengan harapan pemain dapat melawat bangunan tersebut di dalam permainan dan lebih menghargainya.
[download]Ubi Store: Assassin’s Creed Unity[/download]