Informasi Permainan Video Terkini
Shantae 5 Diumumkan Oleh WayForward – Bakal Tiba Di Konsol, PC Dan Juga Apple Arcade
PC

Shantae 5 Diumumkan Oleh WayForward – Bakal Tiba Di Konsol, PC Dan Juga Apple Arcade

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

WayForward minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Shantae 5 iaitu permainan seterusnya untuk siri platformer tersebut. Menariknya, selain pelancarannya di konsol dan PC, WayForward juga mengumumkan bahawa Shantae 5 akan tiba di servis permainan oleh Apple, Apple Arcade.

Bagi anda yang baru dengan siri, Shantae adalah permainan platformer yang memfokuskan watak Shantae dimana permainan tersebut pertama sekali dilancarkan pada 2002 lepas di Game Boy Color.

Permainan tersebut kemudiannya mendapat sebilangan sekuel permainan yang permainan terakhirnya, Shantae: Half-Genie Hero dilancarkan pada tahun 2016 lepas di Playstation 4, Playstation Vita, Wii U, Switch, Xbox One dan juga PC.

Akan tetapi bagi permainan Shantae 5, tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh WayForward buat masa ini selain platform pelancarannya. Namun ketika pengumuman Apple Arcade sebelum ini, WayForward tampaknya mempertontonkan sebahagian bentuk permainannya dan kelihatan ianya masih lagi akan mengekalkan bentuk 2D platformer.

Walaubagaimana pun, kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN