Informasi Permainan Video Terkini
Permua Call of Duty : Mobile Diumumkan Untuk Android Dan iOS

Permua Call of Duty : Mobile Diumumkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Peranti pintar ialah platform permainan yang mempunyai akses kepada lebih banyak pengguna berbanding konsol ataupun PC. Hampir setiap insan mempunyai peranti pintar dan kini sukar melihat pelanggan kedai mamak yang tidak memainkan permua popular seperti PUBG. Hari ini permua Call of Duty: Mobile pula diumumkan dan ia akan hadir pada platform Android dan iOS.

Ia bukanlah sebuah permainan bergenre Battle Royale. Sebaliknya ia permainan multi-pemain yang membolehkan anda bertempur di dalam peta-peta klasik seperti Nuketown dan Crash. Pemain boleh mengawal watak serta senjata dari siri of Duty: Black Ops dan Call of Duty : Modern Warfare.

Buat masa ini spesifikasi peranti minima masih belum diumumkan. Pengguna Android dan iOS boleh mendaftarkan minat untuk ujian Beta tetapi tarikh sebenar pelancaran masih belum diumumkan oleh pihak pembangun. Silalah Oscar Mike ke pautan di bawah untuk mendaftarkan minat anda.

Daftar minat untuk Call of Duty: Mobile untuk Android dan iOS


TIPS & ULASAN