Bagi anda yang ingin mencuba permainan Two Point Hospital, minggu ini Two Point mengumumkan permainan tersebut boleh dimainkan secara percuma bermula 14 hingga 18 Mac ini.
Melaluinya, anda boleh mencuba keseluruhan permainan tersebut dan membina empayar hospital anda sendiri. Selain itu, bersempena dengan itu, Two Point juga mengadakan jualan khas dimana anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga serendah RM67, berbanding harga asalnya RM100.
Selain itu, Two Poitn juga menyertakan beberapa kandungan kolaborasi baharu buat permainan ini seperti penyakit Headcrabbedness daripada permainan Half-Life dan juga perabot-perabot daripada permainan-permainan lain.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan simulasi hospital ini sekarang secara percuma di Steam. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, kami sendiri juga telah mengulasnya dan anda boleh membacanya dibawah.
[info] Bacaan Lanjut: Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan [/info]