Informasi Permainan Video Terkini
Captain Marvel Mengatasi Black Panther Untuk Kutipan Hujung Minggu Pertama Di Malaysia

Captain Marvel Mengatasi Black Panther Untuk Kutipan Hujung Minggu Pertama Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, secara global Captain Marvel mencatat pendapatan sebanyak RM1.8 bilion untuk hujung minggu pertama. Daripada jumlah tersebut, berdasarkan BoxOfficeMojo, penonton di Malaysia menyumbang sebanyak $5,568,352(~RM22 juta).

Ia merupakan pencapaian terbaik untuk filem Marvel dan mengatasi filem-filem Marvel yang dikeluarkan pada tahun lepas kecuali Infinity War yang mencatat RM34 juta untuk hujung minggu pertama. Manakala Black Panther mencatat RM19 juta dan Ant-Man and the Wasp mencatat RM12 juta.

Sepanjang tayangan di Malaysia, Infinity War mencatat RM70 juta, Black Panther RM41 Juta dan Ant-Man and the Wasp RM23 juta. Adakah Captain Marvel dapat menyaingi jumlah tersebut?

Ia mungkin sukar untuk mecapai tahap yang sama seperti Infinity War akan tetapi dengan pendapatan hujung minggu pertama yang baik, ia mungkin dapat mengatasi Black Panther.



TIPS & ULASAN