Informasi Permainan Video Terkini
Captain Marvel Mencapai Jualan Sebanyak RM1.8 Bilion Dalam Masa Beberapa Hari Sahaja

Captain Marvel Mencapai Jualan Sebanyak RM1.8 Bilion Dalam Masa Beberapa Hari Sahaja

Diterbitkan pada Mac 11, 2019 oleh .

Filem adiwira terbaru dari Marvel, Captain Marvel baru sahaja ditayangkan pada penghujung minggu lepas, dan selepas hanya 4-5 hari, ia nampaknya adalah diantara filem yang mempunyai jumlah kutipan awal yang terbanyak setakat ini.

Menurut kicauan akaun Twitter @77MCU, ia telah dilaporkan bahawa Captain Marvel telah mengaut jualan sebanyak $455 juta (~RM1.8 bilion) di pawagam di seluruh dunia. Menurut Marvel, jumlah jualan pembukaan ini hanya kedua di belakang filem Avengers: Infinity Wars, dan filem keenam didalam sejarah tayangan pembukaan filem di seluruh dunia.

Box Office: #CaptainMarvel flies to historic $455M globally.

•The second-largest for any superhero movie behind Avengers: Infinity War.

•Overall, it’s the sixth-best worldwide opening of all time. pic.twitter.com/6d4WrRFn24— Marvel Universe (@77MCU) March 10, 2019

Apa yang menarik disini ialah Captain Marvel juga adalah filem adiwira pertama Marvel yang tampil dengan watak utama wanita, dan sama seperti Black Panther yang hadir dengan watak Afrika-Amerika yang pertama, dan kedua-dua filem ini boleh dikatakan diantara filem Marvel yang paling “laku” di pasaran sekarang.

Sudahkah anda menonton filem Captain Marvel? Adakah anda rasa dia akan menjadi seorang watak yang penting didalam filem Avengers: End Game yang akan ditayangkan bermula bulan hadapan?


TIPS & ULASAN