PS Plus adalah langganan bulanan atau tahunan daripada Sony untuk pengguna Playstation. Kepada mereka yang melanggan PS Plus, setiap bulan Sony turut tawarkan banyak permainan percuma atau harga promosi.

Kali ini, langganan PS Plus untuk 12 bulan – Sony sertakan sekali dengan permainan video Call of Duty Black Ops 4 atau pilihan dengan 1050 mata untuk permainan FIFA 2019. Berkas COD Black Ops 4 ini dijual pada harga RM243 sahaja. Manakala, berkas 1050 mata FIFA dijual pada harga RM129.

Ini secara tidak langsung memberi penjimatan yang banyak dan hebat. Kerana, langganan 12 bulan PS Plus adalah RM129 dan COD Black Ops 4 adalah RM234. Ini bermakna pengguna akan jimat sebanyak RM120. Manakala, FIFA Points sebanyak 1050 yang biasanya dijual pada harga sekitar RM57 – bermakna anda menerima mata ini secara percuma.

Beli Berkas COD Black Ops 4 PS Plus 12 Bulan

Beli Berkas 1050 Mata FIFA 19 PS Plus 12 Bulan

Sohor Kini