Skip to main content

Filem Terminator adalah mengenai dunia yang telah ditakluk robot jahat, melalui sistem Skynet. Pasukan John Connor, Sarah Connor, T-800 dan ramai lagi berusaha selamatkan dunia. Watak utama yang ramai kenal sebagai ikon filem ini adalah Arnold Schwarzenegger sebagai robot T-800 Model 101.

Empat tahun selepas Terminator Genisys, francais baru filem Terminator kedengaran – Terminator: Dark Fate. Filem ini adalah sekuel kepada Terminator 2: Judgement Day. Ini bermakna latar masa buat filem Terminator Genisys tidak lagi wujud kerana telah digantikan dengan jalan cerita Terminator: Dark Fate. Dalam filem ini, Linda Himalton akan kembali sebagai Sarah Connor dan Arnold Schwarzenegger sebagai The Terminator.

Akan ada robot T-800 ( Arnold Schwarzenegger) yang menggunakan badan Brett Azar daripada Terminator Genisys, John Connor muda yang pelakonnya masih belum diketahui dan juga Grace sejenis robot baru lakonan Mackenzie Davis. Plot cerita masih belum diketahui, tetapi filem ini dijadualkan tayangannya pada tahun ini – 1 November 2019.

Leave a Reply