Lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk tayangan SHAZAM!. Filem ini mengisahkan kanak-kanak bernama Billy Batson yang menerima kuasa daripada seorang sihir. Kuasa ini adalah SHAZAM!, di mana apabila nama SHAZAM disebut – Billy akan bertukar menjadi seorang dewasa dan memiliki kuasa seorang adiwira.

Dalam filem ini, Billy akan bertempur dengan Dr. Sivana. Dr. Sivana bermusuh dengan SHAZAM kerana pada usia kecil – Dr. Sivana turut bertemu dengan ahli sihir, tetapi beliau tidak menerima kuasa tersebut. Dalam video acah baru yang dilancarkan semalam oleh DC, ia memfokuskan Billy yang menerima kuasa. Berbadan seorang dewasa tetapi minda seorang kanak-kanak – Billy agak terpegun dengan kuasa beliau dan juga agak dungu. Terdapat empat kuasa yang diketahui dalam video acah;

1. Adi-Kuat

SHAZAM! mempunyai kuasa adi-kuat. Di mana stamina, kekuatan dan tenaga adalah tidak seperti seorang manusia biasa. Ini adalah satu kuasa yang klise buat seseorang adiwira. Dalam dunia DC, SHAZAM! boleh dibandingkan dengan Superman.

2. Manipulasi Tenaga Elektrik

Dalam video acah SHAZAM! kita boleh lihat SHAZAM menggunakan kuasa beliau menggodam mesin ATM untuk keluarkan duit, kuasa elektrik apabila menyentuh lambang pada kostum dan juga mengawal tenaga elektrik apabila berdekatan dengan pencawang elektrik.

3. Hiper-Laju

Seperti Superman atau The Flash dalam dunia DC, SHAZAM turut mempunyai kuasa hiper-laju atau adi-laju. Di mana beliau boleh berlari beratus kali ganda lebih laju berbanding manusia biasa.

4. Terbang

Ini adalah satu kuasa klise yang lain. Seperti yang dikatakan tadi, kuasa SHAZAM boleh dibandingkan dengan Superman. SHAZAM boleh terbang tinggi atau terbang sambil bertempur

Babak pertempuran SHAZAM vs Dr. Siva dalam video acah ini turut kelihatan mirip dalam filem Man of Steel apabila Superman bertempur dengan General Zod. SHAZAM! adalah dalam dunia yang sama dengan filem DC lain seperti Batman v Superman, Justice League, Aquaman, Wonder Woman dan banyak lagi. Ia akan ditayangkan 5 April kelak.

Sohor Kini