Informasi Permainan Video Terkini
Video Pendek Spider-Ham Dari Spider-Man: Into The Spider-Verse Dipertontonkan

Video Pendek Spider-Ham Dari Spider-Man: Into The Spider-Verse Dipertontonkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Spider-Ham adalah salah satu versi Spider-Man yang hadir dalam Spider-Man: Into The Spider-Verse. Spider-Ham adalah versi Spider-Man dari dunia kartun dan wataknya agak lawak dan tidak masuk akal.

Spider-Man: Into The Spider-Verse akan hadir dalam bentuk Blu-Ray dan dalam Blu-Ray ini akan mempunyai banyak kandungan khas. Salah satu kandungan khas tersebut adalah filem animasi pendek Spider-Ham. Hari ini, video pendek buat Spider-Ham diperlihatkan. Video yang berdurasi kurang seminit ini agak lucu dengan aksi Spider-Ham melepaskan diri daripada Crayfin.

Suara Spider-Ham dilakonkan oleh John Mulaney. Kita sudah tahu yang Sony sedang dalam pembangunan buat sekuel Spider-Man: Into The Spider-Verse dan tidak hairan jika Spider-Ham akan kembali.


TIPS & ULASAN