Informasi Permainan Video Terkini
Produksi Rakaman Filem Star Wars Episode IX Kini Tamat – Bakal Ditayangkan Disember Ini

Produksi Rakaman Filem Star Wars Episode IX Kini Tamat – Bakal Ditayangkan Disember Ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2019 oleh .

JJ Abrams iaitu pengarah buat Star Wars Epidose IX hari ini berkongsi di Twitter rasmi beliau dimana rakaman produksi buat filem tersebut akhirnya tamat.

Bersempena dengan itu, beliau juga memuat-naik satu imej watak Fynn, Rey dan Poe yang mana kelihatan merupakan sebahagian daripada penggambaran set filem tersebut.

Sememangnya buat masa ini, tidak ada sebarang imej mahupun video acah memandangkan ianya baru sahaja siap rakaman produksi. Selain itu, JJ Abrams mahupun Disney juga masih belum berkongsi sebarang tajuk tambahan buat filem tersebut buat masa ini.

Star Wars Episode IX dirancang untuk ditayangkan bermula 20 Disember 2019 ini dan filem sememangnya episod ke-9 dan seterusnya buat filem Star Wars Episode VIII The Last Jedi yang ditayangkan 2017 lepas.


TIPS & ULASAN