Pagi tadi, telah kami kongsikan video acah baru yang memperlihatkan asal-usul adiwira-adiwira Doom Patrol. Video acah tadi telah merungkai beberapa persoalan, seperti adakah Cyborg hasil ciptaan The Chief atau ayah beliau sendiri? DC nampaknya lebih rancak dalam mempromosikan siri TV Doom Patrol ini.

Ini kerana, di YouTube rasmi mereka – satu lagi video baru telah diterbitkan. Kali ini adalah video intro Doom Patrol. Tidak semua orang gemar akan video intro dan pasti akan ada pengguna yang akan melangkau untuk terus tonton sesuatu siri. Video intro Doom Patrol ini dilihat penuh dengan misteri dan juga sedikit mengerikan. Pada pandangan saya, ia seolah video intro untuk filem/siri TV yang seram.

Ini bukanlah kali pertama DC kongsi video seperti ini. Sebelum ini, kredit penutup Aquaman yang penuh dengan visual menarik turut dikongsikan di Internet

Sohor Kini