Skip to main content

Sejak Marvel mulakan trend memaparkan babak rahsia pada akhir filem, banyak filem adiwira lain – termasuk DC mengikuti trend ini. Babak rahsia ini kadangkala ditayangkan semasa pertengahan kredit penutup atau selepas penghujung kredit penutup.

Filem Aquaman yang kini mencapai kutipan Box Office RM4.4 Bilion, turut mempunyai babak rahsia. Sebelum babak rahsia itu, terdapat kredit penutup yang penuh dengan diorama, kreativiti, sangat sinematik dan penuh dengan warna. Kredit penutup ini kini diterbitkan dan boleh ditonton secara percuma di Internet. Kredit penutup ini mempunyai lagu yang berjudul Everything I Need, nyanyian Skylar Grey.

Kredit penutup ini dihasilkan oleh salah satu syarikat yang menghasilkan kesan visual buat filem Aquaman – Filmograph. Menurut Filmograph, kredit ini dihasilkan dengan fokus kepada vernakular kartografi (teknik seni (peta) dan bahasa yang digunakan oleh sesuatu kaum atau sistem pendidikan), rekaannya pula adalah berasaskan kompas, selain daripada memperlihatkan kehidupan zaman diraja masa silam dan bagaimana saat sesuatu aksi beku dek kerana tenggelam di lautan. Daripada konsep seperti ini yang membenarkan Filmograph menghasilkan karya yang menarik ini.

Leave a Reply