Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baru Doom Patrol Memperlihatkan Asal Usul Setiap Watak

Video Acah Baru Doom Patrol Memperlihatkan Asal Usul Setiap Watak

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Doom Patrol adalah siri TV DC kedua untuk platform DC Universe yang akan memulakan siaran di platform pentsriman tersebut bermula esok (tarikh Amerika). Hari ini, video acah baru telah diterbitkan di YouTube dan ia memperlihatkan asal usul setiap watak.

Asal-usul setiap watak, seperti cara mereka ditimpa nasib malang dan kemudian telah berubah menjadi seorang yang pelik atau seseorang yang memiliki kuasa atas pertolongan The Chief telah diperlihatkan. Agak sedih jika kita lihat setiap watak yang ditimpa kemalangan, hidup penuh dengan kesal dan kecewa. Mengejutkan, babak Cyborg dilihat memberi petanda yang asal-usul beliau menjadi Cyborg mungkin selari dengan komik. Proses bagaimana Mr. Nobody terjadi juga turut diperlihatkan.

Watak-watak utama dalam Doom Patrol adalah; Robotman (lakonan Brendan Fraser), Crazy Jane (lakonan Dianned Guerrero), Negative Man (lakonan Matthew Zuk), Elasti-Girl (April Bowlby), The Chief (lakonan Timothy Dalton), dan Cyborg (lakonan Joivan Wade). Untuk watak antagonis pula, Mr. Nobody dilakonkan oleh Alan Tudyk. Sekali imbas dalam video acah ini, prestasi setiap pelakon dilihat seperti menakjubkan dan mungkin akan menerima tindak balas positif.

Doom Patrol akan mula disiarkan di DC Universe pada 15 Februari (masa Amerika) atau 16 Februari di Malaysia. Sayang sekali, untuk tonton siri ini anda perlu langgan ke DC Universe dan gunakan VPN untuk tonton. Tiada lagi maklumat mengenai Doom Patrol akan hadir ke Netflix setakat ini.


TIPS & ULASAN