Skip to main content

Ahli gusti popular Booker T baru-baru ini dilaporkan bahawa beliau akan menyaman syarikat pembina permainan komputer popular atas alasan salah satu watak di dalam permainan Call of Duty: Black Ops 4 menyerupai watak fiksyennya sendiri.

Menurut Booker T, watak Prophet di dalam mod multi-pemain Black Ops 4 hadir dengan rupa yang sangat mirip dengan watak G.I. Bro di dalam komik yang ditulis oleh Booker T sendiri, yang mempunyai rupa mirip dirinya sendiri.

Walaupun kedua-dua watak ini hadir dengan penulisan latar belakang yang cukup berbeza, apabila rekaan kedua-dua watak ini diperlihatkan, rupa watak Prophet boleh dilihat memang menyerupai watak G.I. Bro, ataupun Booker T.

Ini bukanlah kali pertama sebuah syarikat pembina permainan video disaman kerana meniru keserupaan selebriti ataupun gaya gerakan yang dipopularkan oleh selebriti. Diantara contoh-contoh yang lain adalah seperti Fortnite kerana menjual emote tarian tanpa kebenaran pemilik tanda dagangan, dan juga Lindsay Lohan yang menyaman Rockstar kerana meniru rupanya.

Leave a Reply