Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Menyertakan Kostum Retro Buat Leon Dan Claire Di Resident Evil 2
PC

Capcom Menyertakan Kostum Retro Buat Leon Dan Claire Di Resident Evil 2

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Sebelum ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan membawa kostum klasik dari permainan asal Resident Evil 2 buat kedua-dua watak Leon dan Claire yang mana kostum tersebut akan tiba sebagai DLC percuma.

Menariknya, bagi anda yang ingin lebih nostalgia bersama permainan tersebut, Capcom hari ini juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa kostum retro dengan model grafik dari permainan Playstation 1 dahulu buat permainan Resident Evil 2 akan datang ini.

Melalui kostum tersebut, pemain akan berupaya untuk bermain watak Leon dan Claire dengan model asal daripada permainan klasik Resident Evil 2 sebelum ini. Menurut Capcom, DLC kostum tersebut boleh dimuat-turun secara percuma bermula 22 Mac 2019 kelak.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan mod baharu buat permainan Resident Evil 2 ini iaitu mod The Ghost Survivor dimana ianya bakal tiba secara percuma. Melaluinya, pemian akan berupaya untuk bermain 3 watak tambahan lain iaitu Robert Kendo, anak perempuan datuk bandar dan seorang ahli U.S.S. Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya tidak dikongsi lagi. Seperti biasa akan kami kongsikan ia lebih lanjut setelah kami mengulaskan permainan ini.

Resident Evil 2 akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN