Bagi anda yang telah mencuba permainan demo 1 Shot Resident Evil 2 yang dikongsikan oleh Capcom sebelum ini, anda pasti melihat trailer khas ketika akhir permainan tersebut yang mana Capcom memperlihatkan dua watak baharu yang bakal kembali di dalam permainan Resident Evil 2 ini, iaitu HUNK dan Tofu.
Ini sekaligus, melalui akaun Twitter rasmi permainan Resident Evil, Capcom mengumumkan bahawa mod The 4th Survivor dan The Tofu Survivor bakal kembali di dalam permainan Resident Evil 2 akan datang secara bersama ketika ianya dilancarkan kelak.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan dua mod ini, ianya merupakan mod tambahan yang terdapat di dalam permainan asal Resident Evil 2 yang dilancarkan pada 1998 lepas di Playstation 1. Melalui mod The 4th Survivor, pemain akan mengawal watak HUNK, iaitu seorang ejen yang ingin mendapatkan G-Virus daripada William Birkin, iaitu watak yang terdapat di dalam Resident Evil 2 tersebut. Melaluinya pemain perlu melarikan diri daripada bandar Raccoon City, dan untuk mengakses kandungan ini, pemain perlu menghabiskan kedua-dua permainan utama penceritaan Leon dan Claire dengan keputusan tahap A.
Manakala bagi The Tofu Survivor pula, ianya merupakan bentuk, dan lokasi yang sama dengan The 4th Survivor, namun lagi sukar yang pemain akan menggunakan watak Tofu, dengan hanya senjata pisau sahaja.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan dua mod ini di permainan Resident Evil 2 baharu ini masih belum umumkan. Mungkin juga, Capcom hanya akan memberi akses kedua-dua mod ini selepas pemain melengkapkan mod penceritaan Leon dan Claire, seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Walaubagaimana pun, kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak
Resident Evil 2 akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.