Capcom melalui laman rasmi untuk permainan Resident Evil 2 mengumumkan yang sejak dikeluarkan pada 11 Januari lepas, demo untuk permainan tersebut kini dimainkan oleh 1.5 juta pemain.

Namun, jumlah tersebut hanya adalah untuk pemain yang membenarkan perkongsian data dengan RE NET pada awal permainan ini. Oleh kerana itu, sudah semestinya jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

Daripada 1.5 juta pemain tersebut, hanya 28% pemain yang sempat untuk menghabiskan demo tersebut dalam masa 30 minit yang dihadkan. Demo ini boleh dimainkan sehingga 31 Januari untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini