Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Umum Demo “1-Shot” Buat Resident Evil 2 – Boleh Dimuat-Turun Bermula 11 Hingga 31 Januari Ini
PC

Capcom Umum Demo “1-Shot” Buat Resident Evil 2 – Boleh Dimuat-Turun Bermula 11 Hingga 31 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2019 oleh .

Tampaknya, ura-ura berkenaan demo bagi permainan Resident Evil 2 sebelum akhirnya menjadi kenyataan, dimana hari ini Capcom akhirnya mengumumkan demo buat permainan tersebut secara rasmi

Melalui demo yang diumumkan oleh Capcom, tampaknya pemain hanya berupaya untuk mencuba dan bermainnya selama 30 minit sahaja. Demo 1-Shot tersebut juga akan memfokuskan watak Leon S. Kennedy di kawasan balai Polis Racoon City.

Menurut Capcom, demo tersebut boleh dimuat-turun bermula 11 hingga 31 Januari 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam. Namun, pemain hanya berupaya untuk bermain selama 30 minit sahaja dan selepas pemain habis bermain, demo tersebut akan memaparkan satu video trailer eksklusif khas melalui demo tersebut. Capcom juga menyatakan demo tersebut hanya boleh dimainkan sekali sahaja.

Walaupun begitu, ianya mungkin hanya dikunci melalui akaun sahaja, sekaligus buat anda yang mempunyai pelbagai akaun sama ada PSN, mahupun Steam, anda mungkin berupaya untuk mencubanya lebih dari sekali. Berdasarkan video acah di atas juga, kelihatan demo yang dipaparkan adalah demo yang sama ketika kami mencuba permainan tersebut di PSXSEA 2018 lepas.


Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN