Tadi kita sudah lihat kutipan terkini buat filem DC. Mari kita lihat kutipan filem Marvel pula. Tetapi filem Marvel ini bukanlah filem dalam MCU, tetapi animasi buatan Sony – Spider-Man: Into The Spider-Verse. Kutipan terkini buat filem animasi Spider-Man dilihat meningkat dari laporan kami yang sebelum ini.

Spider-Man: Into The Spider-Verse kini mencapi kutipan Box Office $302,375445, iaitu sekitar RM1.2 Bilion. Ini adalah angka kutipan tahun ini, sejak ia ditayangkan pada awal Disember pada tahun lepas. Spider-Man: Into The Spider-Verse adalah sebuah filem animasi mengisahkan Spider-Man versi Miles Morales. Dalam dunia Marvel ini, ia memfokuskan mengenai Spider-Verse – di mana di dunia ini terdapat banyak dimensi dan setiap dimensi itu mempunyai Spider-Man mereka yang tersendiri.
Di Malaysia, kutipan filem ini meningkat sebanyak $226,170 (~RM926732) di mana kutipan terkini adalah $1,292,807 iaitu menghampiri RM5.3 Juta dari $1,066,637 (~RM4.4 Juta) sebelum ini. Disebabkan penghujung filem ini memberi petanda yang sekuel adalah tidak mustahil. Jadi harapnya, kita boleh lihat sekuel di masa akan datang.