Spider-Man: Into The Spider-Verse adalah sebuah filem animasi mengisahkan Spider-Man versi Miles Morales. Dalam dunia Marvel ini, ia memfokuskan mengenai Spider-Verse – di mana di dunia ini terdapat banyak dimensi dan setiap dimensi itu mempunyai Spider-Man mereka yang tersendiri.

Pendapat saya Spider-Man: Into The Spider-Verse adalah filem terbaik untuk tahun 2018 dan Sony/Marvel harus teruskan untuk hasilkan filem animasi seperti ini. Animasi yang unik iaitu gabungan 2D dan 3D serta jalan cerita yang menarik, penuh aksi, menyentuh hati, dan pasti khusyuk jika tonton. Di Malaysia, kutipan buat filem ini mencecah $1,066,637 iaitu lebih dari RM4.4 Juta dalam masa dua minggu sejak ia ditayangkan pada 13 Disember yang lepas.

Di Malaysia, Spider-Man: Into The Spider-Verse setakat ini adalah filem hujung minggu paling popular. Untuk kutipan secara keseluruhan setakat ini, Spider-Man: Into The Spider-Verse telah berjaya kutip hampir $144 Juta iaitu hampir RM600 Juta dan kos pembuatan filem ini pula adalah $90 Juta (~RM374 Juta).