Skip to main content

Beberapa minggu lepas, telah kami laporkan di mana – kutipan Aquaman untuk Box Office adalah melebihi RM3 Bilion. Antara sebab Aquaman berada di carta tertinggi ini adalah kerana tiada saingan filem yang seakan dengannya. Terkini, filem DC terbaru ini telah menerima kutipan yang menghampiri Batman: The Dark Knight Rises.

Aquaman menerima kutipan $1,020,261,781 iaitu melebihi RM4 Bilion. Filem DC yang tertinggi (bukan dunia sama dengan filem DC sekarang) adalah Batman The Dark Knight Rises, iaitu $1,084,939,099 – sedikit lebih tinggi dengan Aquaman. Aquaman nampaknya hampir berjaya menandingi filem trilogi Batman ini.

Aquaman adalah filem DCEU yang terbaru. Ia diarahkan oleh James Wan dan filem ini adalah satu arah baru untuk filem DC. Filem ini ditayangkan pada 21 Disember tahun lepas dan arah baru untuk filem DC nampaknya berjaya. Mari kita nantikan pula Shazam yang bakal ditayangkan beberapa bulan lagi.

Leave a Reply