Skip to main content

Aquaman adalah filem DCEU yang terbaru. Ia diarahkan oleh James Wan dan filem ini adalah satu arah baru untuk filem DC. Filem ini ditayangkan pada 21 Disember tahun lepas dan sehingga hari ini ia sudah lebih 2 minggu dan menjadi filem Box Office antarabangsa paling berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam masa dua minggu berturut-turut.

Kutipan buat Aquaman diperingkat antarabangsa kini mencapai $751 Juta iaitu melebihi RM3 Bilion. Filem ini turut berada dalam dunia yang sama dengan filem DC yang lain seperti Justice League, Batman vs Superman dan Wonder Woman. Cuma ia memfokuskan kepada kisah Aquaman dan bertempuran dengan Black Manta.

Selepas Aquaman, filem yang mengejar kutipan ini adalah Mary Poppins dan Holems & Watson dan kemudian diikuti dengan Bumblebee. Antara sebab Aquaman berada di carta tertinggi ini adalah kerana tiada saingan filem yang seakan dengannya.

Konsep baru untuk filem DC ini dilihat mengambil perhatian ramai, dengan elemen komedi, elemen seram oleh James Wan serta penuh aksi dan kostum yang menarik. Filem DC seterusnya dengan konsep yang lain adalah Shazam yang bakal ditayangkan tahun ini.

Leave a Reply