Skip to main content

Activision Blizzard minggu ini mengumumkan yang kutipan keseluruhan untuk siri permainan Call of Duty mereka melebihi jumlah pendapatan Marvel Cinematic Universe (MCU) dan dua kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah kutipan untuk keseluruhan siri filem Star Wars.

Ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan, seperti rakan kami di Kakuchopurei melaporkan yang nilai industri permainan video melebihi nilai gabungan industri filem dan muzik. Tambahan, harga permainan video jauh lebih tinggi berbanding harga tiket wayang. Namun ia masih satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Siri Call of Duty mula dikeluarkan pada tahun 2003 dan permainan terbaru Call of Duty: Black Ops 4 dikeluarkan pada tahun lepas yang menjadikan siri tersebut mempunyai 15 permainan bagi siri utama.

Leave a Reply