Memandangkan permainan Resident Evil 2 bakal dilancarkan tidak lama lagi, terkini terdapat satu ura-ura mengatakan bahawa demo buat permainan tersebut akan dilancarkan secara umum oleh Capcom pada pertengahan Disember ini.
https://twitter.com/DevelopeAnthony/status/1067013115374682118
Ura-ura ini bermula dimana seorang pengguna Twitter, Anthony Robert memuat-naik beberapa imej dan vidoe menunjukkan bahawa beliau sudahpun memiliki demo bagi Resident Evil 2. Tambahan itu, beliau juga menyatakan bahawa Capcom akan melancarkan satu trailer acah khas pada awal Disember ini dan melancarkan demo tersebut pada pertengahan Disember kelak.
Sememangnya ini adalah satu ura-ura sahaja dan ianya bukanlah pengumuman rasmi oleh Capcom. Pada pendapat kami sendiri di Aksiz, kami juga agak ragu-ragu dengan imej yang ditiris oleh Anthony tersebut.
Namun, memandangkan permainan tersebut bakal tiba tidak lama lagi dan Capcom juga sebelum ini telah melancarkan demo bagi Resident Evil 7, kami berasa Capcom mungkin akan melancarkannya sebelum permainan penuh dilancarkan secara rasmi.
Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung Ogos lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.