Informasi Permainan Video Terkini
Alien: Blackout Diumumkan Secara Rasmi – Permua Seram Di iOS Dan Android

Alien: Blackout Diumumkan Secara Rasmi – Permua Seram Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

[Kemaskini]

D3 Go! telahpun menyenarai permua ini di App Store buat iOS dan juga Google Play Store buat Android. Alien: Blackout akan dijual dengan harga RM19.90 bagi iOS. Manakala buat pengguna Android, ianya sudah boleh mula di pra-daftar melalui laman permainan tersebut.

Tambahan itu, melalui senarai permua tersebut, ianya bakal dilancarkan pada 24 Januari 2019 ini.

[artikel asal]

Tampaknya berita seram bakal meliputi peminat siri Alien dimana FoxNext Games, D3 Go! dan Rival Games hari ini akhirnya mengumumkan Alien: Blackout secara rasmi, iaitu sebuah permua seram di iOS dan Android.

Pengumuman ini adalah lanjutan daripada acah 20th Century Fox semalam yang mana mereka memperlihatkan video acah watak Amanda Ripley, iaitu anak perempuan kepada Ellen Ripley, iaitu salah satu watak utama di dalam siri filem Alien.

Melalui permua Alien: Blackout, pemain akan bermain sebagai Amanda Ripley dan bertahan daripada diburu oleh raksasa Alien tersebut. Pemain akan menggunakan peta, kamera dan penjejak gerakkan untuk mencari kedudukan Alien dan berlindung diri daripada diserang.

Menurut kenyataan D3 Go!, permainan ini juga akan bertempatkan di antara filem Alien dan Aliens dan setiap pilihan pemain akan menentukan konklusi pemain. Menariknya, pemain juga berupaya untuk melakukan pelbagai bentuk strategi yang berbeza untuk berlindung daripada diburu oleh raksasa Alien tersebut.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permua Alien: Blackout masih belum diumumkan. Namun ini sememangnya satu pengumuman yang agak mendukacitakan memandangkan peminat telah menanti permainan seterusnya buat siri Alien selepas Alien: Isolation lepas.

Selain itu, video acah yang dikongsikan juga mendapat jumlah tidak suka yang agak tinggi di Youtube. Namun, apakah pendapat anda berkenaan permua ini? Adakah anda menyukainya? Ataupun anda berharap ianya adalah satu yang berbeza buat siri tersebut?


TIPS & ULASAN