Sebelum ini, kami melaporkan bahawa 20th Century Fox mungkin akan membawa kembali permainan Alien ke arena permainan video. Tampaknya, ianya mungkin adalah betul kerana hair ini, melalui akaun Twitter rasmi Alien, mereka memperacahkan satu video yang memperlihatkan watak Amanda Ripley.
Berdasarkan imej di atas, ianya kelihatan seakan satu grafik permainan video dan tambahan itu, Amanda Ripley juga merupakan watak utama buat permainan Alien: Isolation sebelum ini. Sebelum ini, 20th Century Fox juga mendaftar nama dagang Alien: Blackout, sekaligus ianya mungkin adalah nama buat permainan baharu Alien tersebut. Namun, ianya juga mungkin adalah nama filem ataupun sebarang media baharu buat francais Alien.
Sememangnya buat masa ini, SEGA mahupun 20th Century Fox tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya. Seperti biasa, akan kami kemaskininya setelah ia diumumkan.