5 Filem Menarik Sepanjang Bulan Januari 2019

Tahun baru sudah tiba, bagi mereka yang ‘kaki wayang’ tahun ini adalah tahun untuk saksikan filem-filem Marvel yang hebat seperti Captain Marvel dan Avengers: End Game. Tetapi, itu adalah filem yang akan hadir beberapa bulan lagi. Tetapi apa pula filem yang menarik untuk awal tahun 2019 ini? Pada pendapat kami di Aksiz, ini adalah 5 filem menarik sepanjang Januari 2019 ini;

1. The Kid Who Would Be King

Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alex. Beliau adalah seorang anak muda yang berani, seperti melawan buli, mempertahankan rakan tetapi beliau tetap dibuli. Satu hari, sedang dikejar oleh pembuli – Alex menemui satu pedang yang tercacak di dalam satu batu, beliau berjaya keluarkan pedang tersebut. Ia adalah seolah Alex adalah yang terpilih untuk mencabut pedang itu, mengejutkan – pedang itu adalah pedang Excalibur milik King Arthur. Dengan pedang itu, Alex adalah raja baru yang akan mempertahankan dunia. Filem ini akan ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia bermula 17 Januari 2019.

2. Glass

Tahukah anda, dua filem daripada M. Night Shyamalan berada dalam dunia yang sama. Filem tersebut adalah Unbreakable yang hadir pada tahun 2000 dan Split yang hadir pada tahun 2016. Unbreakable mengisahkan seorang adiwira David Dunn, yang dilakonkan oleh Bruce Willis yang kuat dan kebal dan seorang yang jahat lakonan Samuel L. Jackson sebagai Elijah Price yang tulang beliau sangat rapuh. Manakala dalam filem Split pula ia mengisahkan James McAvoy, seorang yang mempunyai pelbagai identiti dan beliau melakonkan watak Dennis/Patricia/Hedwig/Kevin/Wendell Crumb/Barry/Orwell/Jade/The Beast. Filem Glass yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2019 ini mengisahkan ketiga-tiga watak ini.

3. Mobile Suit Gundam Narrative

Satu lagi filem yang menarik yang ditayangkan pada 17 Januari 2019 adalah filem anime Gundam. Mobile Suit Gundam Narrative ini adalah sebahagian daripada siri-meta Gundam dan berasaskan daripada novel Gundam Unicorn: Phoenox Hunting. Ia mengisahkan satu konflik yang bernama ‘Laplace Incident’ dan berkait rapat dengan ‘Miracle Children’ dan ‘Earth Federation’. Anime ini sudah pun ditayangkan di Jepun pada bukan November lepas. Tetapi hanya tahun 2019 baru ia hadir ke tayangan tempatan.

4. XX-Ray 3

Jika anda rasa kami asyik tulis mengenai filem luar negara anda pasti fikir, adakah Aksiz tidak menyokong filem tempatan? Jawapannya tidak, sudah tiga filem menarik dari negara luar – filem menarik tempatan untuk bukan Januari 2019 adalah XX-Ray 3. XX-Ray 3 adalah sekuel kepada XX-Ray dan XX-Ray 2 yang sudah berusia lebih dari 20 tahun. Aziz M. Osman selaku pengarah dan pelakon buat filem ini membawa kembali kisah sains fiksyen ini ke tahun 2019. Ia mengisahkan tiga remaja yang ingin selamatkan kerajaan Malaysia daripada seorang taikun dan turut sedar yang mereka juga perlu menyelamatkan bumi dan sistem solar. Filem ini akan hadir ke pawagam bermula 24 Januari 2019 kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=DkeV5jiFt6E

5. How To Train Your Dragon: The Hidden World

Nampaknya kita akan tamatkan bulan Januari 2019 dengan sebuah animasi 3D yang menarik, lucu, penuh aksi dan penuh emosi. Filem ini adalah sekuel kepada How To Train Your Dragon. Filem ini adalah filem ketiga yang mengisahkan seekor naga comel bernama Toothless. Kali ini ia akan memperlihatkan pengembaraan Hiccup dan Toothless yang ingin hadir dengan sebuah utopia naga yang aman. Mereka temui pasangan baru dan turut menghadapi cabaran yang hebat daripada penjahat yang dengki. Bagaimana filem ini berakhir? Kita perlu nantikan di pawagam pada 31 Januari 2019 kelak.


Jadi, itu sahaja senarai 5 filem menarik dari Aksiz yang patut anda tonton untuk Januari 2019. Sebenarnya banyak lagi filem yang hadir pada bulan Januari, tetapi 5 filem ini adalah apa yang kami rasa layak untuk ditonton di pawagam. Apa anda rasa dengan 5 filem ini? Adakah ada filem lain dalam fikiran anda? Kongsikan di ruangan komen.

Sohor Kini