Informasi Permainan Video Terkini
Permua Hitman Sniper Ditawarkan Percuma Sehingga 4 April – Mencapai Jumlah Muat-Turun 10 Juta Kali

Permua Hitman Sniper Ditawarkan Percuma Sehingga 4 April – Mencapai Jumlah Muat-Turun 10 Juta Kali

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Permua Hitman Sniper dibangunkan oleh Square Enix Montreal berdasarkan Hitman: Sniper Challenge yang dikeluarkan sebagai sebahagian promosi untuk Hitman: Absolution.

Minggu ini Square Enix mengumumkan permua Hitman Sniper sudah di muat turun sebanyak 10 juta kali dan untuk menyambut kejayaan ini permua ini ditawarkan secara percuma sehingga 4 April berbanding harga asal RM1.90.

Permua ini dikeluarkan pada tahun 2014 dengan kata lain mengambil masa 4 tahun untuk mencapai jumlah 10 juta kali, walaupun sebuah permua ia tetap satu pencapaian yang baik.

Muat Turun: Hitman Sniper (iOS)

Muat Turun: Hitman Sniper (Android)