Jika anda adalah pemilik Playstation 4 Pro ataupun Xbox One X, anda kini boleh bermain permainan Doom dalam resolusi 4K. Kemaskini ini akan dikeluarkan esok secara percuma untuk semua pemain yang memiliki permainan Doom.

Resolusi 4K sudah tersedia untuk PC akan tetapi kini pemilik konsol juga boleh mendapatkannya, kualiti dan kelancaran permainan tidak diketahui lagi tetapi kami menjangkakan tiada banyak masalah kerana mereka sudah lama mengambil masa untuk menyediakan sokongan ini.

Jika anda ingin melihat kualiti grafik anda boleh menontonnya melalui video di bawah. Doom adalah permainan penembak pandangan pertama yang sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, PC dan Switch.

Sohor Kini