Informasi Permainan Video Terkini
Muzik Video Realiti-Maya Khalid “Young Dumb & Broke” Kini Boleh Dimuat-Turun di Playstation Store

Muzik Video Realiti-Maya Khalid “Young Dumb & Broke” Kini Boleh Dimuat-Turun di Playstation Store

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa muzik video realiti-maya khas oleh penyanyi Khalid kini boleh dimuat-turun melalui Playstation Store.

Melalui muzik video tersebut, pemain berupaya untuk mengalami pengalaman realiti-maya bagi muzik video Young Dumb & Broke yang mana mereka membangunkannya secara khas di Playstation VR.

Pemain juga berpeluang untuk berjumpa dengan Khalid secara realiti-maya dimana beliau akan membawa pemian mengembara di dalam dunia tersebut yang bakal membawa pemain dalam alam muzik yang menakjubkan.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turunnya, anda boleh muat-turun aplikasi tersebut secara percuma di Playstation Store dimana untuk mencubanya, anda perlu mempunyai set kepala realiti-maya Playstation VR.

Muat-Turun: Khalid Dumb Young & Broke VR


TIPS & ULASAN