Skip to main content

Pada minggu lepas kami melaporkan ura-ura yang mengatakan permainan LEGO The Incredibles akan dikeluarkan tidak lama lagi. Hari ini Warner Bros, LEGO Group, Diseny dan Pixar bersama mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 15 Jun 2018 bersempena tayangan filem The Incredibles 2 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Permainan ini menawarkan berjam permainan kreatif berdasarkan filem The Incredibles versi LEGO dan bersesuaian untuk setiap peringkat umur. Di dalam permainan ini pemain akan mendapat penceritaan yang penuh aksi dan berupaya menggunakan kuasa mereka untuk melawan penjahat.

Mod koperasi seramai dua orang juga disediakan untuk pemain bermain bersama keluarga ataupun rakan. Sempena pengumuman ini mereka juga mengeluarkan trailer yang boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply