Informasi Permainan Video Terkini
Pencipta Permainan Never Alone Mengumumkan The Endless Mission – Permainan Sandbox
PC

Pencipta Permainan Never Alone Mengumumkan The Endless Mission – Permainan Sandbox

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

E-Line Media iaitu pencipta permainan platformer Never Alone yang mendapat penerimaan baik dari pemain juga media hari ini mengumumkan permainan terbaru dari mereka iaitu The Endless Mission.

The Endless Mission merupakan permainan penciptaan di dalam bentuk sandbox. Pemain akan menjelajah di dalam dunia yang mempunyai penceritaan sendiri tetapi pada masa yang sama boleh mencipta pengalaman mereka sendiri.

Dibangunkan dengan kerjasama antara E-Line Media dan Endless Interactive dan juga ditulis oleh Sleep Deprivation Lab yang pernah terlibat di dalam permainan seperti Middle-earth: Shadow of Morder, Rise of the Tomb Raider dan The Crew.

Fokus utama The Endless Mission adalah menunjukkan kepada pemain bagaimana kita membentuk teknologi dan juga bagaimana teknologi membentuk kita. Di dalam permainan ini pemain dapat membentuk persekitaran mereka dengan mudah.

 

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran akan tetapi mereka mengumumkan permainan ini akan tiba pada suku ketiga tahun 2018 dalam bentuk akses awal di Steam. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini.


TIPS & ULASAN