Square-Enix hari ini mengumumkan studio pembangunan permainan Luminous Productions yang mana studio tersebut akan memfokuskan pembangunan permainan bertaraf AAA dan permainan inovatif untuk pasaran global. Studio tersebut bertempatkan di Tokyo, Jepun yang mana ia diketuai oleh pengarah permainan Final Fantasy XV iaitu Hajime Tabata.

Namun buat masa sekarang, Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan bersama sebarang tajuk permainan-permainan yang bakal dibangunkan oleh mereka.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan studio pembangun permainan tersebut, bersama melihat senarai pekerjaan yang terdapat di studio tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Luminous Productions untuk sebarang informasi lanjut.

Sohor Kini