PCube Games hari ini mengumumkan permainan perlumbaan kart yang bertemakan buah-buahan, All-Star Fruit Racing yang mana ia bakal dilancarkan pada Julai ini, namun tarikh pelancaran masih belum lagi dikongsikan oleh mereka.
Melalui permainan perlumbaan ini, pemain berupaya untuk berlumba dengan pelbagai jenis watak dan menyertai kejohanan untuk menyah-kunci kelengkapan kenderaan kart bersama watak-watak baru. Permainan ini juga menyertakan sebilangan mod perlumbaan yang berbeza seperti Dragster, Hill Climbs, Elimination dan Time Attacks.
Selain daripada berlumba, permainan ini mempunyai mod pertempuraan seakan Mario Kart yang mana pemain berupaya untuk menyerang musuh-musuh lain dan melakukan pelbagai kemahiran yang akan membantu pemain untuk mendapatkan tempat pertama di dalam perlumbaan tersebut.
Tambahan juga, pemain berupaya untuk mengubah-suai kenderaan kart pemain dengan pelbagai rekaan melebihi 32,000 jenis kombinasi rekaan. Permainan ini juga menyokong mod multi-pemain secara atas-talian dan juga luar-talian melalui pembahagian skrin sehingga empat pemain.
Bagi anda yang meminati siri permainan perlumbaan kart seakan Mario Kart, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainanAll-Star Fruit Racing bermula Julai ini di Playstation 4, Xbox One dan Switch. Manakala bagi pengguna PC, anda boleh mendapatkannya melalui permainan akses awal di Steam dengan harga RM31.