Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: The Darkness II (PC)
PC

Permainan Percuma Hari Ini: The Darkness II (PC)

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

The Darkness II merupakan permainan penembak pandang pertama yang mempunyai elemen ghaib. Bermula hari ini sehingga 29 Mac, Humble Store menawarkan permainan ini secara percuma untuk pengguna PC sahaja.

Di dalam permainan ini pemain akan mengawal watak Jackie Estacado yang mempunyai kuasa untuk mengawal kuasa ghaib yang dipanggil  The Darkness. Pemain perlu menggunakan The Darkness dan juga senjata api untuk melawan organisasi yang digelar Brotherhood.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini secara percuma walaupun anda tidak meminati permainan sebegini sebelum tawaran ini ditamatkan.

Muat Turun The Darkness II


TIPS & ULASAN