Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Pokemon Go Akan Menyertakan Mod Misi Baru Dan Mew

Kemaskini Terbaru Pokemon Go Akan Menyertakan Mod Misi Baru Dan Mew

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

Dengan perkembangan permua Pokemon Go dari semasa ke semasa, Niantic Labs kini akhirnya memperkenalkan mod terbaru yang bakal tiba buat permua tersebut iaitu mod misi yang akan memfokuskan pemain untuk mengumpul penyelidikan untuk menyah-kunci sebilangan ganjaran oleh Professor Willow.

Melalui penyelidikkan ini, pemain perlu membantu Professor Willow untuk menyelidik berkaitan dengan Pokemon lagenda, Mew. Terdapat dua jenis penyelidikkan yang pemain boleh lakukan iaitu Field Research dan Special Research.

Melalui Field Research, pemain perlu menyinggah di PokeStops yang mana ia akan memberi pemain objektif dengan mencari dan menangkap sebilangan Pokemon.

Manakala Special Research pula akan diberikan kepada pemain oleh Professor Willow dimana pemain akan mengembara ke sebilangan kawasan untuk melengkapkan penyelidikkan tersebut.

Melalui penyelidikkan tersebut, pemain akan disertakan dengan sebilangan ganjaran dan mendapat cap khas setiap hari dengan melengkapkan sekurang-kurangnya satu tugasan Field Research. Apabila pemain mendapat 7 cap melalui tugasan tersebut, pemain berpeluang untuk mendapat ganjaran khas malah mungkin berpeluang untuk berjumpa dengan Pokemon lagenda seperti Mew.

 

Buat masa ini, kemaskini ini masih belum lagi dilancarkan, namun menurut Niantic Labs, ia bakal tiba pada minggu ini. Bagi mereka yang sudah lama tinggal permua Pokemon Go, mungkin ini peluang yang baik untuk bermula bermain semula permua tersebut.


TIPS & ULASAN