Skip to main content

Massive Monster mengumumkan permainan The Adventure Pals akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch pada 3 April nanti.

Permainan ini merupakan permainan berbentuk pengembaraan aksi yang memiliki elemen RPG dan mempunyai mod untuk dimainkan oleh dua pemain secara setempat. Bagi melengkapkan permainan tersebut, terdapat 105 peringkat permainan yang perlu dilalui oleh setiap pemain.

Sewaktu berlangsungnya permainan ini, pemain perlu berkerjasama untuk menyelamatkan datuk mereka yang telah diculik dengan memenuhi beberapa cabaran sampingan. Antaranya adalah mengambil bahagian dalam pertempuran roti bakar dengan dinosur.

Apa yang lebih menarik, untuk pengembaraan permainan ini pemain akan ditemani dengan haiwan tunggangan mereka iaitu zirafah, Sparkles. Kami semesti tidak sabar untuk mencuba permainan ini.

Leave a Reply