Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Akan Mengeluarkan Permainan Dari Projek Collective Untuk Switch

Square Enix Akan Mengeluarkan Permainan Dari Projek Collective Untuk Switch

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

Ketua Projek Collective Square Enix Phil Elliot melalui temubual bersama Fragments of Silicon mengatakan walaupun buat masa ini tiada perancangan untuk mengeluarkan permainan baru untuk Switch akan tetapi mereka akan mengeluarkan permainan terdahulu  yang dikeluarkan melalui Projek Collective untuk konsol hibrid tersebut.

Projek Collective merupakan inisiatif dari Square Enix dengan membuka kepada pemain untuk mengundi permainan yang Square Enix perlu terbitkan. Antara permainan yang sudah dikeluarkan melalui projek ini adalah Children of Zordiacs.

Tambah beliau lagi, permainan dari projek ini yang dikeluarkan pada tahun 2017 akan dikeluarkan untuk Switch dan kami merasakan permainan tersebut adalah Children of Zordiacs. Kami sudah semestinya mengharapkan Square Enix akan mengeluarkan permainan untuk Switch.