Skip to main content

Permainan visual novel terkenal, Steins;Gate kini bakal dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Switch dan PC pada tahun ini. Spike Chunsoft mengumumkan Steins;Gate Elite yang mana ia merupakan permainan pernambah-baikkan bagi permainan asal Steins;Gate yang dilancarkan pada 2009 lepas.

Melalui Steins;Gate Elite, 5pb. dan Nitroplus, pembangun permainan tersebut akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan termasuklah kandungan animasi daripada siri anime Steins;Gate tersebut. Tambahan juga bagi versi global, permainan ini akan menyertakan sarikata bahawa Inggeris bersama suara latar bahasa Jepun.

Bagi versi Playstation 4 dan PC, Spike Chunsoft menyatakan bahawa mereka akan menyertakan permainan pernambah-baikkan Steins;Gate Phenogram yang mana juga akan disertakan bersama 10 penceritaan baru. Bagi versi Switch pula, Spike Chunsoft akan menyertakan permainan Steins;Gate 8-bit iaitu permainan Steins;Gate dalam bentuk visual grafik 8-bit.

Buat masa ini, Spike Chunsoft masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut, namun menurut mereka ia akan dilancarkan pada tahun ini.

Leave a Reply