Informasi Permainan Video Terkini
PixelJunk Monsters 2 Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC Pada 25 Mei Ini

PixelJunk Monsters 2 Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC Pada 25 Mei Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2018 oleh .

Spike Chunsoft minggu ini mengumumkan permainan PixelJunk Monsters 2 buat konsol Playstation 4, Switch dan PC yang mana ia bakal tiba secara digital pada 25 Mei ini.

PixelJunk Monster 2 merupakan sequel kepada permainan pertamanya, PixelJunk Monster yang dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Portable beberapa tahun lepas. Ia merupakan permainan pertahanan menara yang memfokuskan pemain untuk bertahan daripada serangan musuh. Kali ini, permainan ini bakal tiba dengan sebilangan fungsi baru seperti keupayaan untuk bermain secara koperasi multi-pemain dan juga perubahan visual kepada visual 3D.

Bagi anda yang meminati genre permainan pertahanan menara, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan PixelJunk Monsters 2 yang bakal dilancarkan bermula 25 Mei ini.