Informasi Permainan Video Terkini
EA Sedang Melatih Kecerdasan Buatan Untuk Memainkan Battlefield 1
PC

EA Sedang Melatih Kecerdasan Buatan Untuk Memainkan Battlefield 1

Diterbitkan pada Mac 25, 2018 oleh .

Ketika acara The International tahun lalu, perisian kecerdasan buatan OpenAI dengan mudah mengalahkan SumaiL, Arteezy dan Dendi, tiga pemain Dota 2 terkemuka di dalam perlawanan 1V1. Kecerdasan buatan ini dengan pantas mempelajari taktik lawan dan mencari kelemahan mereka. Kini sebuah lagi kecerdasan buatan sedang diajar oleh EA untuk memainkan Battlefield 1.

Perisian kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh Search for Extraordinary Experiences Division (SEED), sebuah pasukan di bawah payung EA. Buat masa ini ia masih belum cukup mahir untuk mengalahkan manusia pada kadar yang tinggi. Tetapi seperti yang kita dapat lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kecerdasan buatan lebih pantas mempelajari taktik dan menganalisa medan pertempuran berbanding manusia.

Di masa hadapan mungkin BOT bodoh seperti yang digunakan di dalam PUBG Mobile akan memberikan saingan lebih sengit kepada pengguna manusia.