Playerunknown’s Battleground Mobile dilancarkan ke seluruh dunia pada 20 Mac yang lalu. Hanya beberapa jam selepas permua dilancarkan, ramai pemain mula memuat naik tangkapan gambar skrin menunjukkan mereka memenangi ayam makan malam pertama mereka ke media sosial. Ramai yang mengatakan PUBG Mobile (PUBGM) dipenuhi noob dan tidak sesukar versi PC dan konsol.

Agak mencurigakan hampir kesemua pemain permua ini yang kami kenali sudah berkali-kali memenangi perlawanan dalam masa kurang 48 jam. Apakah yang berlaku di sini? Jawapannya ialah mereka sebenarnya bertarung dengan bot dan bukannya manusia. Bagi memudahkan proses membiasakan diri dengan kawalan menggunakan skrin sesentuh, pada peringkat awal pemain akan dipadankan dengan lebih banyak bot dari manusia. Bot yang kurang cekap ini amat mudah dikalahkan berbanding manusia. Lebih lama anda bermain, jumlah bot akan dikurangkan dan digantikan dengan pemain manusia. Tahap kesukaran akan sekaligus meningkat.

Pada waktu yang sama ini mungkin strategi Tencent Games yang membangunkan PUBGM untuk menggalakkan perkongsian ke media sosial. Pemain yang narsis akan mempromosikan permua ini secara percuma dan mencabar rakan. Mereka kemudian akan tergerak untuk turut memuat turut PUBGM.

PUBG MobileBagi yang sudah memuat turun, mereka turut merasa lebih selesa melakukan transaksi-mikro jika kerap memenangi perlawanan. Kesemua elemen di dalam PUBGM direka untuk membuatkan anda terasa berkuasa, handal, yakin dengan kemampuan L33T peribadi dan kemudian melakukan pembelian atas talian.

Tahniah Tencent Games kerana menggunakan strategi pemasaran yang sangat bijak. Seperti kata-kata Kazuhira Miller, they played us like a damn fiddle. Selamat menikmati Playerunknown’s BOTtleground.

Sohor Kini