Informasi Permainan Video Terkini
Impact Winter Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One Pada 5 April

Impact Winter Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One Pada 5 April

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Bandai Namco dan Mojo Bones akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan pertahanan hidup Impact Winter buat konsol Playstation 4 dan Xbox One bermula 5 April ini.

Impact Winter merupakan permainan pertahanan hidup yang meletakkan pemain di kawasan ribut salji. Melalui permainan ini, pemain perlu bertahan hidup sehingga 30 hari sebelum pertolongan tiba dimana selain daripada pertahanan hidup sendiri, pemain juga perlu memastikan pasukan pemain juga hidup daripada bencana tersebut.

Permainan ini asalnya dilancarkan di PC melalui Steam pada tahun lepas dimana kini akhirnya ia bakal tiba di konsol. Bagi anda yang meminati permainan berbentuk pertahanan hidup, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan Impact Winter bermula 5 April ini.


TIPS & ULASAN